Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3

Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3:
2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Thursday, May 31, 2012

=)

Penghargaan Saidina Umar Al-Khattab RA Terhadap Isterinya. Mungkin ada suri rumah yang merungut sekali sekala. Ya lah, manusia mana yang sabar sepanjang masa. Tetapi, berapa banyak kali kah rungutan itu keluar dibandingkan dengan jasa seorang suri rumah sepanjang hidupnya? Apakah kita lelaki, suami, anak perlu marah atau terasa bila perempuan, isteri, ibu kita merungut atau sekali sekala meninggikan suara? Pada saya, tidak salah selagi teguran atau kemarahan itu tidak menjatuhkan martabat seorang suami. Sebab mereka telah melalui hari-hari dalam hidup mereka untuk kita. Saya ulang, untuk kita. Mereka habiskan 75% hidup mereka untuk ahli keluarga mereka.Di sini ada satu kisah yang hendak dikongsikan: Satu hari, seorang lelaki pergi ke rumah Saidina Umar Al-Khattab. Dia hendak mengadu yang isterinya pada hari itu naik angin kepadanya. Dia merasakan bahawa, isterinya tidak patut bersikap demikian pada suami. Sampai sahaja di pintu rumah Saidina Umar, dia mendengar isteri Saidina Umar memarahi Amirul Mu’minin itu. Lelaki itu terkejut. Lantas, dia pun berpatah balik, untuk pulang. Saidina Umar perasan akan kehadiran lelaki itu, terus memanggilnya semula. “Wahai lelaki, apakah hajat kamu?” “Aku ingin mengadu akan sikap isteriku yang memarahi aku, tetapi tidak sangka kau juga mempunyai masalah yang sama. Maka aku merasakan bahawa aku tidak patut mengadu kepadamu” Saidina Umar tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. Dia pun berkata: “Wahai lelaki, isteriku telah menjaga makan minumku, mendidik anak-anakku, dan mengurus rumahku sepanjang hidupnya. Maka apakah pantas untuk aku terasa apabila dia sekali sekala naik angin seperti hari ini?” Lelaki itu senyap. Lihat. Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal garang dan tegas, tidak sedikit pun marah dengan isterinya yang melenting. Malah berkata sesuatu yang amat lembut untuk perempuan suri rumah. Penutup: Bidadari Dunia, Berbanggalah. Wahai suri rumah yang ada hari ini. Maka berbanggalah. Saya menghargai anda. Mengkagumi anda. Malah Allah memuliakan anda. Maka didiklah anak-anak anda dengan didikan syurga, agar mereka menjadi manusia-manusia yang mencintai akhirat. Maka jagalah keluarga anda sejaga-jaganya, agar kalian nanti dapat berkumpul di syurga sana. Terima kasih atas motivasi kesabarannya. Semoga Allah redha dengan suri rumah-suri rumah yang tabah, yang cekal dan yang bersungguh-sungguh dalam menjaga keluarganya untuk mentaati Allah, mentaati suaminya untuk memudahkan kerjanya kepada Allah, mendidik anaknya untuk membesar menjadi manusia yang Allah redha. Sesungguhnya pada saya, sekiranya seorang perempuan itu mampu menjadi suri rumah yang baik, bukan sahaja mampu mengemas dan memasak, bahkan berusaha mendidik anak dan mendampingi suami ke jalan yang Allah SWT redhai, perempuan itulah bidadari. Bidadari yang nyata membawa motivasi. Dan bagi yang belum berkahwin, fahamilah realiti ini, tanggungjawab ini, dan binalah diri, untuk menjadi suri rumah yang merupakan bidadari. Wallahualam... —

Wednesday, May 30, 2012

untuk ummi dan ayah

KAEDAH MERAWAT ANAK MENANGIS MALAM

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi
masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :

... ╭ ☆╯surah al-Fatihah,
╭ ☆╯ayat al-Kursi,
╭ ☆╯surah an-Nas
╭ ☆╯dan surah al-Falaq,

Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.

Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat.
Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.

Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku.
Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.

AHLAN WASAHLAN

coklat d teratak (order 0195481022)