Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3

Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3:
2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Wednesday, October 31, 2012

assalamualaikum... dah berhabuk dh blog ni hah... he he he
bukan pe.... tiap2 minggu balik kpg =)
tolong jaga ayah dan ayah mertua
mak dan mak mertua pergi menunaikan haji
so.....
masak2
kemas2
dan buat apa yang patut...
selagi termmpu...
kadang2
 tu...
teringat kt mak...
tapi ayah lagi lah kan.... he he he he
 
bila ada kesmpatan rasa puas juga dpt bls jasa mak ayah kan
tambah2 dh berkahwin ni ha.... apa saja .. terikat dgn suami...
terima kasih suami yg memahami =) 
bahgia nyerrr...
oklah
wassalam
 

Thursday, July 12, 2012

slm jumaat yang barakah

menjalani kehidupan seperti biasa  sbg seorg isteri dan ibu, bezanya dah masuk umo 28 tahun  =)


semlm suami buat surpise suker lah =) mekacih suami tersayang he he he

petang tu pulak ada xtra kerajian apalagi zass kedapur buat............... kerepek pisang wah 2 bukan sonang jugak ek...sebab tu kalau beli tuh patut la sikit je dah Rm2 sebungkus ..

ni ha kerepek pisang ku... untuk kudapan suami dan anak terrrsayang =D
sagat pisang nipis pastu letak air garam 3sk +gula1sb ( lebih kurang) goreng sehingga cantek mcm kerepek =)

ok.. maal salamah =)

Wednesday, June 27, 2012

di kau suami

hari masak sup tulang, sekali sekala teringin jugak... yg penting suami suka...he he he..menjalani kehidupan sebgai seorg suri rumah ada suka dan duka..... tapi senantiasa suami di sisi... syukur pd Allah.... sebagai seorg isteri juga tidak terlepas dari perasaan kadang kala ada turun naik ( hormon kot )... sering juga di luah atau terluah...rasa terpendam... (^_^) yg best nyer...terasa sejuk hati...hilang segala stress dari kata2 ... yg baik dari suami.... untk mu suami...isteri mu menyayangi mu....hingga akhir hayatku ....teringat kata2 ini.. ''Suamimu memilik kedua tangan. Namun tak selamanya kedua tangannya dapat memelukmu. Dia memiliki tubuh yg tak selamanya dapat menjagamu. Suatu saat pasti dia akan pergi.. Karena tak ada yg abadi di dunia ini.. Maka mencintainya sewajarnya saja. Dan jangan lupa selalu berdoa dalam setiap sujud untuk tetap bersamanya hingga akhir hayatnya.. :)''

Thursday, June 14, 2012

manis selalu untuk suami..

Doa pemanis wajah: Maksud: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya ; ” Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan ; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku. {Yusuf: 4} khasiat ayat ini: * selalu disayangi oleh sesiapa sahaja * wajah menjadi berseri-seri * manis dipandang orang

Thursday, May 31, 2012

=)

Penghargaan Saidina Umar Al-Khattab RA Terhadap Isterinya. Mungkin ada suri rumah yang merungut sekali sekala. Ya lah, manusia mana yang sabar sepanjang masa. Tetapi, berapa banyak kali kah rungutan itu keluar dibandingkan dengan jasa seorang suri rumah sepanjang hidupnya? Apakah kita lelaki, suami, anak perlu marah atau terasa bila perempuan, isteri, ibu kita merungut atau sekali sekala meninggikan suara? Pada saya, tidak salah selagi teguran atau kemarahan itu tidak menjatuhkan martabat seorang suami. Sebab mereka telah melalui hari-hari dalam hidup mereka untuk kita. Saya ulang, untuk kita. Mereka habiskan 75% hidup mereka untuk ahli keluarga mereka.Di sini ada satu kisah yang hendak dikongsikan: Satu hari, seorang lelaki pergi ke rumah Saidina Umar Al-Khattab. Dia hendak mengadu yang isterinya pada hari itu naik angin kepadanya. Dia merasakan bahawa, isterinya tidak patut bersikap demikian pada suami. Sampai sahaja di pintu rumah Saidina Umar, dia mendengar isteri Saidina Umar memarahi Amirul Mu’minin itu. Lelaki itu terkejut. Lantas, dia pun berpatah balik, untuk pulang. Saidina Umar perasan akan kehadiran lelaki itu, terus memanggilnya semula. “Wahai lelaki, apakah hajat kamu?” “Aku ingin mengadu akan sikap isteriku yang memarahi aku, tetapi tidak sangka kau juga mempunyai masalah yang sama. Maka aku merasakan bahawa aku tidak patut mengadu kepadamu” Saidina Umar tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. Dia pun berkata: “Wahai lelaki, isteriku telah menjaga makan minumku, mendidik anak-anakku, dan mengurus rumahku sepanjang hidupnya. Maka apakah pantas untuk aku terasa apabila dia sekali sekala naik angin seperti hari ini?” Lelaki itu senyap. Lihat. Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal garang dan tegas, tidak sedikit pun marah dengan isterinya yang melenting. Malah berkata sesuatu yang amat lembut untuk perempuan suri rumah. Penutup: Bidadari Dunia, Berbanggalah. Wahai suri rumah yang ada hari ini. Maka berbanggalah. Saya menghargai anda. Mengkagumi anda. Malah Allah memuliakan anda. Maka didiklah anak-anak anda dengan didikan syurga, agar mereka menjadi manusia-manusia yang mencintai akhirat. Maka jagalah keluarga anda sejaga-jaganya, agar kalian nanti dapat berkumpul di syurga sana. Terima kasih atas motivasi kesabarannya. Semoga Allah redha dengan suri rumah-suri rumah yang tabah, yang cekal dan yang bersungguh-sungguh dalam menjaga keluarganya untuk mentaati Allah, mentaati suaminya untuk memudahkan kerjanya kepada Allah, mendidik anaknya untuk membesar menjadi manusia yang Allah redha. Sesungguhnya pada saya, sekiranya seorang perempuan itu mampu menjadi suri rumah yang baik, bukan sahaja mampu mengemas dan memasak, bahkan berusaha mendidik anak dan mendampingi suami ke jalan yang Allah SWT redhai, perempuan itulah bidadari. Bidadari yang nyata membawa motivasi. Dan bagi yang belum berkahwin, fahamilah realiti ini, tanggungjawab ini, dan binalah diri, untuk menjadi suri rumah yang merupakan bidadari. Wallahualam... —

Wednesday, May 30, 2012

untuk ummi dan ayah

KAEDAH MERAWAT ANAK MENANGIS MALAM

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi
masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :

... ╭ ☆╯surah al-Fatihah,
╭ ☆╯ayat al-Kursi,
╭ ☆╯surah an-Nas
╭ ☆╯dan surah al-Falaq,

Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.

Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat.
Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.

Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku.
Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.

untuk ummi dan ayah

KAEDAH MERAWAT ANAK MENANGIS MALAM

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi
masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :

... ╭ ☆╯surah al-Fatihah,
╭ ☆╯ayat al-Kursi,
╭ ☆╯surah an-Nas
╭ ☆╯dan surah al-Falaq,

Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.

Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat.
Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.

Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku.
Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.

untuk ummi dan ayah

KAEDAH MERAWAT ANAK MENANGIS MALAM

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi
masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :

... ╭ ☆╯surah al-Fatihah,
╭ ☆╯ayat al-Kursi,
╭ ☆╯surah an-Nas
╭ ☆╯dan surah al-Falaq,

Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.

Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat.
Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.

Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku.
Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.

Monday, April 16, 2012

didik anak

PESAN SAIDINA ALI:CARA MENDIDIK ANAK Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun. 7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta. 7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan. 7 tahun ketiga dan seterusnya, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak

amlan untuk anak

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... ♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, ♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. ♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. ♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ ..

amalan ibu mengandung

Amalan Untuk Wanita Mengandung Ketika wanita sedang mengandung, selain amalan wajib, bakal ibu (dan juga bakal ayah) digalakkan melakukan amalan berikut:- • Banyakkan Bertaubat • Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. - Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi - Membaca surah Al-Taubah hingga akhir - Membaca surah Yassin - Membaca surah Yusuf - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. - Membaca surah Maryam - agar memperolehi anak yang sabar dan taat - Membaca surah Luqman - agar memperolehi anak yang taat - Membaca surah An-Nahl, ayat 78 - Membaca surah Al-A’raf, ayat 189

Thursday, April 12, 2012

rahsia surah Al-Kautsar

" Rahsia Surah Al-Kautsar " Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga. 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. 7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. Harap dapat SHARE dengan sahabat anda yang lain. . . Semoga pahala menyebarkan ilmu ini berterusan. . .

Khasiat Asma Ul Husna

Khasiat Asma Ul Husna

Wednesday, April 11, 2012

siapa yahudi sebenarnya

Tahukah Anda sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom baca 10 daripadanya! 1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!. 2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian. 3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut. 4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA! 5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Saturday, April 7, 2012

=D

✿⊱╮KELEBIHAN MENJADI SEORANG ISTERI 1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun” 2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah” 3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”. 4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”. 5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”. 6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”. 7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi) 8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”

Thursday, April 5, 2012

didik anak

petua bertenang

Petua Untuk Bertenang Tatkala Menerima Musibah 1. Bersabar ketika mula ditimpa musibah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya sabar adalah pada kejutan pertama musibah berlaku” ( Riwayat Bukhari). 2. Mengucap ‘Innalillahi wa inna ilaihi raji’un’ iaitu merujuk kembali apa pun musibah yang berlaku adalah kehendak dan ketentuan Allah SWT. 3. Menenangkan lidah dan badan ketika ditimpa sesuatu tetapi menangis diharuskan dan bukan menjadi kesalahan. Umat Islam tidak dibenarkan melampau dalam menzahirkan kesedihan ketika ditimpa sebarang musibah. Dikhuatiri mendatangkan perasaan tidak puas hati dengan ketentuan Allah SWT ataupun musuh bergembira melihat kesedihan kesan musibah yang kita hadapi. 4. Cendekiawan Islam dan orang yang bertakwa berusaha menyembunyikan musibah. Mereka gembira jika diuji dengan musibah kerana mengenangkan ganjaran yang bakal diterima. (Gembira dan reda secara syarie bukan secara tabiie kerana tabiat manusia tentu tidak menyukai musibah.) 5. Berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, semoga musibah yang menimpa menjadi titik tolak kepada kita untuk berubah ke arah lebih baik, lebih kuat pergantungan kepada Allah SWT, lebih menjaga syariat, lebih berusaha menuntut ilmu dan beramal untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Tuesday, April 3, 2012

Husnul Kalam...: AMALAN-AMALAN RINGAN YANG BERAT TIMBANGANNYA DI SI...

Husnul Kalam...: AMALAN-AMALAN RINGAN YANG BERAT TIMBANGANNYA DI SI...: 1.       WUDHU’ Sesungguhnya umatku datang pada hari khiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wudu’. Sesiapa yan berupaya untu...

ada apa pada isteri

Isteri Ungkapan yang cukup sempurna bagi seorang Suami Isteri Tulang rusuk buat Suami Isteri ... Penyeri untuk kehidupan Suami Isteri Pelahir zuriat Suami Isteri Pembimbing akhlak anak anak Isteri Peneman solat lima waktu Suami Isteri Penyambung nafas Suami Isteri Penyambut tangan Suami Isteri Pendamping duka lara jatuh bangun Suami Isteri Penawar setia untuk kedukaan Suami Isteri Pembela setia buat Suami Indahnya seorang wanita bergelar Isteri perkongsian: FB

Sunday, April 1, 2012

buat isteri dan ibu

.•*''''*•. ♥BUAT ISTERI & IBU♥ .•*''''*•. ♥ Bila ke dapur untuk menyediakan makanan buat keluarga tersayang... ♥ Sebaiknya berada dalam wudhu. ♥ Mulakanlah dengan memuji AllahSWT ♥ Pastikan sumber bahan masakan suci dan bersih. ♥ Mendahulukan tangan kanan dalam memotong bahan, mengadun dan mengacau masakan. ♥ Kacau masakan atau minuman ikut arah lawan jam, ianya sunnah ♥ Besederhana dalam jenis hidangan dan elakkan membazir ♥ Berselawat dan berzikirlah sepanjang memasak dan boleh juga mewiridkan"Ya Latif" dan membaca surah Al Imran ayat 200, keduanya ini dapat melembutkan hati ahli keluarga. يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ Wahai para ibu, Usahlah jemu menyediakan hidangan makanan dengan air tanganmu sendiri kerana kesungguhanmu itu pasti dinilai AllahSWT dan doa ibu buat anak2nya InsyaAllah akan dikabulkan. Ambillah kesempatan ketika menyediakan makanan untuk mendoakan kebaikan buat suami dan anak-anak tersayang.INSYAALLAH...

Sunday, March 25, 2012

angin ombak dan mee udang



cari masa untuk bersama sememgnya, memnambahkn lagi kebhgiaan, dapt juga memenangkn fkirn dari tgas seharian =)

buat suri rumah

Buat para surirumah,
♥~♥Kita tahu khidmat kita di rumah tiada mendatangkan ganjaran ekonomi untuk keluarga, tetapi kerja kita tidak dapat diganti oleh pembantu rumah sepenuhnya kerana kita lakukannya dengan penuh kasih buat suami dan anak-anak. Teruskanlah berkhidmat dengan penuh ikhlas dan kasih buat keluarga tersayang!♥~♥

☀♡̷̴̬̩̃̊ KELEBIHAN WANITA MENETAP DiRUMAH♡̷̴̬̩̃̊☀
Ibnu Masu’d r.ahu meriwayatkan ; bahwa RasuluLlah s.a.w bersabda:

1) ''Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga''

2)"Wanita itu aurat, apabila ia keluar dari rumahnya maka syaitan mengawasinya.Dan sesungguhnya selama ia berada dirumahnya wanita itu sangat dekat dengan Allah s.w.t . (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sunday, March 18, 2012

bantu untuk diri berubah

.::9 Perkara membantu perubahan pada diri anda::.

✿~ Jika kita marah–>TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa..

✿~ Jika kita bingung–> KLIK doa agar tenang hati..

✿~ Jika kita dipuji–> RELOAD syukur supaya tidak alpa..

✿~ Jika kita gagal–> DOWNLOAD usaha utk memberi semangat..

✿~ Jika kita kecewa–> RESTART tenaga agar sentiasa sedar..

✿~ Jika kita berdosa–> UNDO perangai itu & bersolat taubat..

✿~ Jika kita berdendam–> DELETE buruk sangka supaya bersih hati..

✿~ Jika kita berbohong–> BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan..

✿~ Jika kita buat maksiat–> REGISTER SOFTWARE sikap baru & taubat nasuha..

✿~ Jangan lupa–> Save keikhlasan dan keredhaan ALLAH ..

Selamat beramal...^_^

nota; 9 tips ini sangat berguna untuk saling bantu mambantu antara suami isteri =) moga kita melayari bahtera rumah tangga, menghadapi ombak badai degan tenang dan bekejasama menstabilkan bahtera =)

Thursday, March 15, 2012

sygnya Allah pd perempuan

<^_^> ::: ♥ SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN ♥

♥ Siapa kata jadi perempuan tu SENANG..

♥ Nak kena tutup sana, tutup sini

♥ Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

♥ Perempuan, stoking pon kena pakai

♥ Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

♥ Komfem x tahan bertutup semua

♥ Tapi, perempuan cool jek

♥ Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

♥ Siapa kata jadi perempuan tu senang

♥ Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

♥ Nak pergi kelas pon susah

♥ Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

♥ Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

♥ Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

♥ Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

♥ Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

♥ Hebat kan perempuan..

♥ Siapa kata jadi perempuan tu senang..

♥ Hati ni Allah jadikan lembut betul

♥ Cepat jek sensitif

♥ Cuba tengok orang putus cinta

♥ Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

♥ Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

♥ Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

♥ Siapa yg paling teruk menangis..

♥ Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

♥ Lembut tak lembut hati perempuan

♥ Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

♥ Hebat tak perempuan?

♥ Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

♥ Diorang cakap, Allah x adil

♥ Kenapa Allah lebihkan lelaki..

♥ Kenapa perempuan kena dengar cakap suami..

♥ Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami..

♥ Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

♥ Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

♥ Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

♥ Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

♥ Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

♥ Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

♥ Kesian kan kat diorang..

♥ Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

♥ Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

♥ Persoalannya sekarang

♥ Betul ke Allah x adil dengan perempuan..

♥ Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

♥ Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya..

♥ Betul, isteri kena ikut cakap suami

♥ Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

♥ X adil lagikah Allah pada perempuan..

♥ Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

♥ Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

♥ Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

♥ Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

♥ Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

♥ Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

♥ MashaAllah, hebatnya perempuan kan..

♥ Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

♥ Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

♥ Banyak lagu pasal perempuan kan..

♥ Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

♥ Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

♥ Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

♥ Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

♥ Orang akan cakap:

♥ 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

♥ Kita x pernah dengar orang cakap:

♥ 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

♥ Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu..

♥ Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan..

♥ Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

♥ Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

♥ Perempuan senang nak masuk syurga

♥ Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

♥ X adil lagikah Allah dekat perempuan..

♥ Oh perempuan, sedarlah

♥ Betapa sayangnya Allah dekat kita

♥ Betapa cintanya Allah dekat kita

♥ Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah...

♥ Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

♥ Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

♥ Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

♥ Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan..

♥ Sekadar perkongsian bersama ♥

♥ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~ ♥

♥ Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi

Wednesday, March 14, 2012

‎10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR.

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

Tuesday, March 13, 2012

apa itu wall FB

☑~ Sahabat, tahukah kamu apa makna ---> WALL <--- ?
Ia memberi makna DINDING.

☑~ Kenapa 'dinding'?
Jap, saya teruskan pertanyaan ok (◕‿◕).

☑~ Siapakah yang mewujudkan FB?
Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

☑~ Apa kaitan WALL dan YAHUDI???

>>> Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA; DINDING RATAPAN. Di dinding itu mereka menangisi dosa² mereka, meluahkan harapan, ratapan & segala²nya.

❀ ܓ Oleh itu, saya & kamu jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang.
Dengan rela hati ♥, saya memberi keizinan untuk sahabat share, copy foto dll. Semoga bermanfaat insyaAllah, amin. Syukran jazilan ◕‿◕. سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

p/s ihsan dr fb Muhamad Syuhada'

mak...

mak...tiada ganti... andai kita berpisah...sukar untuk di bayangkan... mak lah insan yg paling penyabar, menerima diri seikhlas hati, berkorban tanpa berkira.... tapi mak tetap milik Nya.. yg pasti syurga tempat mak...untuk mak. '' hadiah'' ini slalu di beri untk mak '' YARABBI FIR LI WALIWA LI DAI' YA WAHARHUKAMA RABBA YA NI SO RI RO''..KASIH SYG BUAT MAK DUNIA DAN AKHIRAT ♥♥

ibu....

αpαbilα ibu bαpα menαngis kerαnα bαnggα dgn αnαknyα, mαkα terpαdαmlαh αpi nerαkα yg ingin membαkαr αnαknyα itu..

Keredhααn Allαh, terletαk pαdα keredhααn ibu bαpα dαn kemurkααn Allαh, terletαk pαdα kemαrαhαn ibu bαpα..

dan αpαbilα IBU kitα menghembuskαn nαfαs terαkhir.. mαkα hilαnglαh sudαh sαtu keberkαtαn dαri Allαh terhαdαp kitα,iαitu doα dαri IBU terhαdαp αnαk²nyα..

ibu....

IBU

9 bulan.

Aku dia selimuti penuh kasih sayang.
Dengan penuh harapan menanti tangis pertamaku.
Pada matanya,
Aku permata indahnya,
Bintang yang sentiasa mekar bersinar.

9 tahun,
dan 14 selepasnya.

Aku selalu membuat dirinya menangis,
Menyentuh kelopak halus hati seorang ibu,
Menyebabkan mawar itu selalu hiba,
Namun untuk kali ke 150 juta itu juga,
Kemaafan dihulurkan setulus jiwa.

9 yang mendatang hingga ke selamanya.

Hanya satu harapanku,
Bersamamu dirimu di sana..
Di syurga.

Wednesday, February 29, 2012

TAZKIRAH: Nama anak & isteri Nabi Muhammad s.a.w.

TAZKIRAH: Nama anak & isteri Nabi Muhammad s.a.w.: Isteri-isteri Rasulullah : Khadijah binti Khuwailid r.a. Saudah binti Zum'ah r.a. Aisyah binti Abu Bakar r.a. Hafsah binti Omar Al-Khattab...

TAZKIRAH: Nama anak & isteri Nabi Muhammad s.a.w.

TAZKIRAH: Nama anak & isteri Nabi Muhammad s.a.w.: Isteri-isteri Rasulullah : Khadijah binti Khuwailid r.a. Saudah binti Zum'ah r.a. Aisyah binti Abu Bakar r.a. Hafsah binti Omar Al-Khattab...

AHLAN WASAHLAN

coklat d teratak (order 0195481022)