Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3
Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3:
2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Monday, April 16, 2012
didik anak
PESAN SAIDINA ALI:CARA MENDIDIK ANAK
Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.
7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.
7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.
7 tahun ketiga dan seterusnya, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak
amlan untuk anak
AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR
Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....
♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,
♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.
♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ ..
amalan ibu mengandung
Amalan Untuk
Wanita Mengandung
Ketika wanita sedang mengandung, selain amalan wajib, bakal ibu (dan juga bakal ayah) digalakkan melakukan amalan berikut:-
• Banyakkan Bertaubat
• Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
- Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
- Membaca surah Al-Taubah hingga akhir
- Membaca surah Yassin
- Membaca surah Yusuf - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna.
- Membaca surah Maryam - agar memperolehi anak yang sabar dan taat
- Membaca surah Luqman - agar memperolehi anak yang taat
- Membaca surah An-Nahl, ayat 78
- Membaca surah Al-A’raf, ayat 189
Sunday, April 15, 2012
Thursday, April 12, 2012
rahsia surah Al-Kautsar
" Rahsia Surah Al-Kautsar "
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Harap dapat SHARE dengan sahabat anda yang lain. . .
Semoga pahala menyebarkan ilmu ini berterusan. . .
Wednesday, April 11, 2012
siapa yahudi sebenarnya
Tahukah Anda sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom baca 10 daripadanya!
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
Saturday, April 7, 2012
=D
✿⊱╮KELEBIHAN MENJADI SEORANG ISTERI
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”
Thursday, April 5, 2012
petua bertenang
Petua Untuk Bertenang
Tatkala Menerima Musibah
1. Bersabar ketika mula ditimpa musibah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya sabar adalah pada kejutan pertama musibah berlaku” ( Riwayat Bukhari).
2. Mengucap ‘Innalillahi wa inna ilaihi raji’un’ iaitu merujuk kembali apa pun musibah yang berlaku adalah kehendak dan ketentuan Allah SWT.
3. Menenangkan lidah dan badan ketika ditimpa sesuatu tetapi menangis diharuskan dan bukan menjadi kesalahan. Umat Islam tidak dibenarkan melampau dalam menzahirkan kesedihan ketika ditimpa sebarang musibah. Dikhuatiri mendatangkan perasaan tidak puas hati dengan ketentuan Allah SWT ataupun musuh bergembira melihat kesedihan kesan musibah yang kita hadapi.
4. Cendekiawan Islam dan orang yang bertakwa berusaha menyembunyikan musibah. Mereka gembira jika diuji dengan musibah kerana mengenangkan ganjaran yang bakal diterima. (Gembira dan reda secara syarie bukan secara tabiie kerana tabiat manusia tentu tidak menyukai musibah.)
5. Berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, semoga musibah yang menimpa menjadi titik tolak kepada kita untuk berubah ke arah lebih baik, lebih kuat pergantungan kepada Allah SWT, lebih menjaga syariat, lebih berusaha menuntut ilmu dan beramal untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Tuesday, April 3, 2012
Husnul Kalam...: AMALAN-AMALAN RINGAN YANG BERAT TIMBANGANNYA DI SI...
Husnul Kalam...: AMALAN-AMALAN RINGAN YANG BERAT TIMBANGANNYA DI SI...: 1. WUDHU’ Sesungguhnya umatku datang pada hari khiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wudu’. Sesiapa yan berupaya untu...
ada apa pada isteri
Isteri
Ungkapan yang cukup sempurna bagi seorang Suami
Isteri
Tulang rusuk buat Suami
Isteri
... Penyeri untuk kehidupan Suami
Isteri
Pelahir zuriat Suami
Isteri
Pembimbing akhlak anak anak
Isteri
Peneman solat lima waktu Suami
Isteri
Penyambung nafas Suami
Isteri
Penyambut tangan Suami
Isteri
Pendamping duka lara jatuh bangun Suami
Isteri
Penawar setia untuk kedukaan Suami
Isteri
Pembela setia buat Suami
Indahnya seorang wanita bergelar Isteri
perkongsian: FB
Sunday, April 1, 2012
buat isteri dan ibu
.•*''''*•. ♥BUAT ISTERI & IBU♥ .•*''''*•. ♥
Bila ke dapur untuk menyediakan makanan buat keluarga tersayang...
♥ Sebaiknya berada dalam wudhu.
♥ Mulakanlah dengan memuji AllahSWT
♥ Pastikan sumber bahan masakan suci dan bersih.
♥ Mendahulukan tangan kanan dalam memotong bahan, mengadun dan mengacau masakan.
♥ Kacau masakan atau minuman ikut arah lawan jam, ianya sunnah
♥ Besederhana dalam jenis hidangan dan elakkan membazir
♥ Berselawat dan berzikirlah sepanjang memasak dan boleh juga mewiridkan"Ya Latif" dan membaca surah Al Imran ayat 200, keduanya ini dapat melembutkan hati ahli keluarga.
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
Wahai para ibu,
Usahlah jemu menyediakan hidangan makanan dengan air tanganmu sendiri kerana kesungguhanmu itu pasti dinilai AllahSWT dan doa ibu buat anak2nya InsyaAllah akan dikabulkan. Ambillah kesempatan ketika menyediakan makanan untuk mendoakan kebaikan buat suami dan anak-anak tersayang.INSYAALLAH...
Subscribe to:
Posts (Atom)
AHLAN WASAHLAN
HALAMAN TERATAK
panorama Gunung Lang
(12)
perkongsian
(12)
perjalanan ke Ipoh
(10)
FB ''saya bangga menjadi surirumah sepenuh masa''
(5)
jalan2 makan minum
(5)
sharing
(4)
gunung Lang
(3)
lahir dari sanubari...
(3)
pengisian berguna
(2)
sejuk dan nyaman di Ulu Chepor
(2)
wajib tahu...
(2)
FB Shaharani Shaharom
(1)
FB بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(1)
Ustaz Radzi Kamarul Hailan
(1)
bacaan Al Quran
(1)
destinasi2 ipoh
(1)
gua Kek Look Tong
(1)
join facebook
(1)
majlis d teratak
(1)
mukaddimah
(1)
peti ais n dapur
(1)
rahsia surah
(1)
tambahan kelengkapan
(1)
ummi munirah skill he he he
(1)