inginkan penginapan untuk:
-menghadiri majlis cth majlis perkahwinan
-percutian bersama keluarga
-konvokesyen
-menghadiri kursus
-perjumpaan keluarga
-transit
-lain2 percutian
teratak indah jaya sedia menerima kedatangan anda di:
no 46, persiaran sepakat 6, taman indah jaya, 31350 ipoh, perak.
maklumat homestay:
-kadar penginapan promosi untuk satu malam RM100
merangkumi
-satu bilik tidur(set katil queen)
-ruang tamu (tv, radio dan sofa)
-dapur
-ruang makan
-tandas dan bilik air
-lokasi berdekatan dengan:
-medan gopeng
-megoplex (shopping)
-stesen minyak shell dan petronas
-dewan orang ramai(dewan kegunaan untuk diadakan majlis)
-gerai dan kedai makan.
-tidak jauh dari homestay:
-Pasaraya Giant (Marrybrown, Pizza Hut, Nasi Kandar)
-Lost World of Tambun Water Park
-Extreme Park (Driving range, Futsal, Badminton)
-Politeknik Ungku Omar
-Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
hubungi atau sms:
roslan-0195114546
di ipoh mempunyai tempat2 menarik untuk di lawati
seperti:
STESEN KERETAPI IPOH
Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. Ianya juga merupakan mercu tanda bagi Bandaraya Ipoh kerana keunikan rupabentuknya. Ianya dikelilingi oleh pelagai jenis bunga-bungaan tempatan sebagaidaya tarikan kepada para pelancong yang berkunjung.
PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK
Dilengkapi dengan segala jenis bahan rujukan. Ia menyediakan keperluan rekreasi untuk menarik dan memupuk minat membaca di kalangan generasi muda terutamanya kanak-kanak.
PUSAT PERKELAHAN CHEPOR
Pusat Perkelahan Chepor merupakan tempat perkelahan yang paling popular di Ipoh. Airnya yang sejuk dan nyaman memberi ketenangan kepada mereka yang ingin melepaskan penat lelah selepas bekerja terutamanya pada hujung minggu bersama keluarga. Pengunjung dapat menikmati pemandangan indah Pusat Perkelahan Chepor pada bila-bila masa.
MASJID NEGERI PERAK
Salah satu mercu tanda yang terkemuka di Ipoh yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat Islam keseluruhannya sebagai asas kepada Islam. Keistimewaan masjid ini dari segi rekabentuknya kerana terdapat 125 buah kubah di atas bumbungnya.
MUZIUM DARUL RIDZUAN
Muzium ini terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab yang telah dibuka untuk awam pada tahun 1992. Muzium ini memaparkan artifek yang menarik mengenai sejarah dan pembangunan Ipoh dalam sektor perlombongan dan pertanian. Bangunan ini telah dibina lebih daripada 100 tahun yang lalu dan ia mempunyai sejarahnya tersendiri.
Muzium ini dibuka setiap hari, 9.00 - 5.00, kecuali hari jumaat dan separuh hari pada hari Khamis. Masuk adalah percuma.
TAMAN REKREASI GUNUNG LANG
Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun luar negeri. Pembangunan seluas 28 hektar ini melibatkan kerjasama di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Lanskap Negara pada tahun 1999. Daya tarikan utama taman ini ialah hamparan bukit batu kapur dan tasik yang belum diterokai. Taman Rekreasi ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada .
Proses pembangunan baru telah dibuat melalui pembinaan fasa kedua taman tersebut. Pelbagai usaha telah diambil bagi mengindahkan lagi Taman Rekreasi Gunung Lang, di antaranya ialah dengan menggabungkan kecantikan semulajadi serta menerapkan unsur-unsur moden dan tradisional. Di laluan utamanya di sepanjang taman tersebut terdapat pelbagai jenis bunga bougainvilleas yang berwarna-warni. Apa yang menarik, terdapat 85 spesis heliconia yang diimport khas daripada negara luar.
Tumbuh-tumbuhan berbau harum yang terdapat di sini telah memberikan aroma terapi di sepanjang laluan pejalan kaki. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah pengunjung harus menaiki bot mengelilingi tasik bekas tapak lombong tersebut sebelum tiba ke kawasan taman .
Tasiknya pula dipenuhi pelbagai jenis ikan selain daripada haiwan reptilia seperti cicak dan ular. Bukit di taman tersebut dihiasi dengan flora dan fauna semulajadi dan sekali sekala pada waktu petang pengunjung boleh melihat monyet, burung dan sekiranya bernasib baik boleh terserempak dengan burung helang. Apa yang menarik, tumbuhan seperti orkid dan pokok buah-buahan tempatan telah dilabel mengikut nama masing-masing.
selamat datang ke ipoh bandaraya yang pelbagai sejarah.
rujukan: mbi.gov.my
ok bertemu lagi ya
untuk maklumat terkini
teratak indah jaya
Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3
Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3:
2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AHLAN WASAHLAN
HALAMAN TERATAK
panorama Gunung Lang
(12)
perkongsian
(12)
perjalanan ke Ipoh
(10)
FB ''saya bangga menjadi surirumah sepenuh masa''
(5)
jalan2 makan minum
(5)
sharing
(4)
gunung Lang
(3)
lahir dari sanubari...
(3)
pengisian berguna
(2)
sejuk dan nyaman di Ulu Chepor
(2)
wajib tahu...
(2)
FB Shaharani Shaharom
(1)
FB بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(1)
Ustaz Radzi Kamarul Hailan
(1)
bacaan Al Quran
(1)
destinasi2 ipoh
(1)
gua Kek Look Tong
(1)
join facebook
(1)
majlis d teratak
(1)
mukaddimah
(1)
peti ais n dapur
(1)
rahsia surah
(1)
tambahan kelengkapan
(1)
ummi munirah skill he he he
(1)
No comments:
Post a Comment