Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3

Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3:
2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Wednesday, January 8, 2014

TIPS DIDIK ANAK CARA RASULULLAH s.a.w

TIPS DIDIK ANAK CARA RASULULLAH ❋ Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka di tempat tidur." Ulama berpendapat daripada hadis itu, Islam menyuruh ibu bapa mengajar anak membiasakan diri dengan ibadat sama ada sembahyang, berpuasa dan bersedekah sejak kecil. Hikmahnya supaya anak dapat mengenali hukum hakam dalam beribadat sejak kecil, menanamkan rasa kecintaan kepada Allah, mensyukuri segala nikmat Allah, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal, akhlak dan perbuatan serta perkataannya. Namun, mengapa Nabi berkata pukullah anak yang tidak mahu menunaikan solat pada usia 10 tahun? Mengapa tidak umur 7 tahun? Pakar psikologi berpendapat anak yang berumur prabaligh (sekitar 10 hingga 12 tahun) boleh memahami kesan hukuman yang dikenakan dan sebab perbuatan itu tidak dibenarkan atau boleh dilakukan. Anak yang kecil tidak faham jika dia didenda atas kesalahannya. Justeru, jika anak kecil didenda, dia mungkin mengulangi perbuatannya itu tanpa pengetahuan ibu bapanya. Dia tidak melakukan perbuatan itu jika ibu bapa ada atau jika dia mendapat ganjaran dengan tidak melakukan perbuatan itu. Contohnya, kalau dia tidak memukul adik, ibu akan memberinya coklat tetapi jika ibu tiada atau tidak memberinya coklat, dia akan memukul adiknya semula. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka di tempat tidur." Ulama berpendapat daripada hadis itu, Islam menyuruh ibu bapa mengajar anak membiasakan diri dengan ibadat sama ada sembahyang, berpuasa dan bersedekah sejak kecil. Hikmahnya supaya anak dapat mengenali hukum hakam dalam beribadat sejak kecil, menanamkan rasa kecintaan kepada Allah, mensyukuri segala nikmat Allah, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal, akhlak dan perbuatan serta perkataannya. Namun, mengapa Nabi berkata pukullah anak yang tidak mahu menunaikan solat pada usia 10 tahun? Mengapa tidak umur 7 tahun? Pakar psikologi berpendapat anak yang berumur prabaligh (sekitar 10 hingga 12 tahun) boleh memahami kesan hukuman yang dikenakan dan sebab perbuatan itu tidak dibenarkan atau boleh dilakukan. Anak yang kecil tidak faham jika dia didenda atas kesalahannya. Justeru, jika anak kecil didenda, dia mungkin mengulangi perbuatannya itu tanpa pengetahuan ibu bapanya. Dia tidak melakukan perbuatan itu jika ibu bapa ada atau jika dia mendapat ganjaran dengan tidak melakukan perbuatan itu. Contohnya, kalau dia tidak memukul adik, ibu akan memberinya coklat tetapi jika ibu tiada atau tidak memberinya coklat, dia akan memukul adiknya semula. Perkongsian Buat Ibu-Ibu Terhebat

No comments:

Post a Comment

AHLAN WASAHLAN

coklat d teratak (order 0195481022)